Friday 30 December 2011

Self-Healing Techniques for Heart Disease


pesanan terbaik daripada Luqmanul Hakim:


Ingatlah olehmu dua perkara;
iaitu kesalahanmu kepada orang lain dan kebaikan orang lain kepadamu.

Lupakan dua perkara;
iaitu kebaikanmu pada orang lain dan kesalahan orang lain kepadamu.


* * * **
..pesanan untuk diri sendiri..


Usah bersusah hati andai tidak menerima lafaz terima kasih atas semua kebaikanan atau jasa yang telah ditaburkan.

Bahkan usah kecewa jika ada yang sanggup memusuhi kita meskipun telah banyak kebaikan yang telah dicurahkan dengan ikhlas.

Andai dihati  telah dipenuhi dengan cinta Allah, maka cinta manusia menjadi kecil.
Belajarlah merindui kasih sayang Allah.

Perkukuhkan diri untuk menghargai-Nya yang memberi kita kesempatan bernafas, kesihatan dan rezeki daripada merintih kekurangan kasih sayang manusia.

=)

Friday 18 November 2011

SIEMENS RUN 2011


entry tertunggak no. 1

Siemens 10.5km Run 2011 
Dataran Merdeka 
25th of September 2011

*
*
*

sebelum berlari




kami junior runner

geng2 pro runner

semasa berlari@berjalan





selepas berlari sikit2 berjalan banyak2





* * *  tamat  * * *

Thursday 17 November 2011

update


Lama sungguh x update blog. Baca blog pun tak, main tenet pun tak.
Takkan orang lain kalut belek tender document setinggi lutut tu, ak nk rilek2 baca blog. 

Penilaian tender betul2 testing planning & organising skills  aku.

Ulang alik;
Pusat Bandar Damansara - Putrajaya (jauh bleh tahan, efek besar kat fuel tank kete, lari bajet duit minyak kete,
kna bajet utk tol)
~ bleh claim sebenarnyer...
Bandar Tasik Selatan - Putrajaya (suka je sebab boleh kuar lewat sgt berbanding biasa)

Keje yang memang dah ada kt ofis, projek-projek bahagian aku yang baru nak start,
dengan isu-isu semasa ofis aku yang x berapa sedap nak dengar..

hmmmm..

alhamdulillah, bila balik ofis, tgk keje-keje xde la bnyak sgt pending.
Nasib baik ada teknisyen2 yang tengah semangat nak keje. Macam aku :)

Balik kampung, raya haji, demam, batuk2, kenduri2 kawen (nak buat entry lain pasal kenduri), housemates bertukar2..

Lot more chaos and other sorts of things happening.
Lot of changes coming.

Apa benda yang berubah?
Nantilah cerita.
Tengah berusaha nak adapt ngan perubahan ni.

Hmmm...
Whoa oh oh oh




(Gunung Angsi, April 2011)

despite changes, keep on climbing higher and higher and higher


 


Tuesday 15 November 2011

When Your Dreams Turn to Dust


When your dreams turn to dust...

Terusik hati, sesal, kesal, marah dan kekadang sangat kecewa. 
Biasa..sebab kita manusia biasa.

Let go, let God - lepas & pasrah kepada Allah.

"rules of life” – sunnahtullah

Siapa yang tidak mahu menerima hakikat ini … maka tidak layaklah dia hidup.
Kita hamba, buatlah kerja kita sebagai hamba. Tuhan dengan ketentuan-Nya.
Jadi, apabila diuji… katalah aku ini hamba Allah.
Layaklah aku diperlakukan seperti hamba…

Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Surah Al Baqarah 2: 216)


“When your dreams turn to dust, vacuum”

Trying hard to comprehend the beautiful plans Allah has offer for me...

-->>Penilaian tender habis sudah...suka.suka.suka.

Monday 17 October 2011

future plan @ taman tasik perdana



First time jog kat taman tasik perdana @ lake garden..luas.hijau.tak ramai orang sangat. best.

Fufu: kakmai, kakmai… apa plan kakmai lepas ni?

Aku: (dalam hati) haaaa…sudah…alamak…

Ok.bagi jawapan ringan-ringan je.

Aku: emmm…

Fufu: kakmai plan sampai bila nak keje kat tempat sekarang…lepas-lepas ni macam mana ye?

Aku: (dalam hati) owh…orait. Tahu dah nak jawab apa.

…speak out…

Aku: akak memang kena keje situ sampai department akak bukak open post. Department akak sekarang close post…potpetpotpet...jkr...jpp…jkr balik...lalalalala…harapan umi abah…nanananana…dari kecik…etc…

…berderet cerita…

Fufu: InsyaAllah kakmai…(tenang macam biasa)

Aku: Eh, tempat parking kita kat depan lagi kan?

Dan kami pun pusing lake garden tu sekali lagi.bukan senang nak datang lagi.jauh bleh tahan.


*

*

*

Emmm…

Aku agak-agak tu bukan jawapan yang Fufu nak dengar.

Bukan jawapan yang sepatutnya aku bagi.
Apa jawapan sepatutnya?
Entah!

Dah lama x plan apa-apa.


x berangan apa-apa.

Tido tanpa mimpi.

Friday 14 October 2011

huh?


makan pisang goreng.sembang biasa.


aku: mesti best ko sekarang kan..ada boyfren..

dia: hehehehe…boleh la..Kadang-kadang la…tapi kalau time gaduh…emmm…ko pun tahu…

aku: kurang-kurang, ada jugak tempat nak gaduh-gaduh…

dia: tapi kalau time gaduh tu, sakit hati…baik jadi kau..takde nak sakit2 hati..takde nak rasa apa-apa..

aku: emmm..tapi, buat apa ada hati kalau tak rasa apa-apa…


…ketawa…


dia: degil la ko ni!

***

Huh???aku degil?


Tuesday 11 October 2011

Get Back to Work



hmmm...

maybe my job is not so bad after all

alhamdulillahi 'ala kulli hal
(praise be to Allah under all circumstances)


Thursday 29 September 2011

Jumaat lepas punyer hal


Jumaat minggu lepas punyer hal punyer cerita.

Venue:

Secret Recipe Pusat Bandar Damansara

Occasion:

Birthday Celebration Kak Ina ==> tapi K.Ina sendiri yang belanja :P
Patutnya birthday kak Ina 21 Sept, tapi since aku nak menghabiskan puasa enam, postpond ke hari Jumaat..masa rehat lagi lama..more time for us to eat mean more food for us to eat :D

Menu:

Ada sepotong kek sebagai amik syarat sambut birthday..tapi lupa kek apa.

The guests:

Yang sambut birthday ialah Puan yang kat tengah2 tu..

Credit to kamera phone K. Ina for the pic – camera phone pun jadilah asalkan ada gambar ;)

Phone aku takde kamera, tapi ada touch light :D



Untuk gambaran mereka yang lebih jelas -->

 

Wajah riang pekerja JPP

 To Kak Ina:
Happy Birthday
May Allah grant all your wishes, happy and sehat2 sokmo.


 


p/s : having you guys around make my work at JPP is not that bad after all
Also dedicate to Chan and Cyn :)


Wednesday 28 September 2011

golden hour


Malam tadi, pilih2 gambar raya untuk dicuci. Dah jadi my habit untuk cuci beberapa keping gambar event2 penting..untuk tunjuk kat anak cucu bila tua2 nanti ;)

“Wahai Allah, rezekikanlah kepadaku zuriat yang soleh yang akan mendokanku apabila kembali kepada-Mu, amin”

Tapi bukan nak cerita pasal zuriat, nak cerita pasal lain :P

Raya tahun ni rasa macam sekejap sangat walaupun cuti raya sampai 12 hari!
My Ummi pun cakap, puasa tahun ni macam sekejap je..
Ummi cakap tak puas berpuasa, tapi anak dia cakap tak puas beraya..T_T

Terasa semakin hilang nikmat MASA. Setiap hari, semakin banyak atau pun boleh dikatakan semua benda diciptakan untuk menjimatkan masa. Bila dah ada banyak masa, kita pun makin suka buang masa. End up, kita tetap tak cukup masa, semakin tak cukup masa. Mungkin apabila hambaNya makin tidak menghargai masa, sedikit demi sedikit Allah menarik balik nikmat masa dari kita.

Demi masa.
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian;
Kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan
serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
Surah Al-‘Asr


Emm.. walaupun sempat berpuasa dengan family tiga hari je tahun ni, tapi tetap jadi the best Ramadhan ever :D

 Ramadhan tahun ni kitorang baru tahu my Ummi ada resepi ayam bakar terbaik.
Terbaeekk!

Mereka yang setia tolong jaga api bakar ayam 

And of course the best Syawal ever :D

Suka do’oh main bunga api

Syawal tahun ni 1st time buat ketupat sendiri sebab tak nak susah kan Mok (my nenek). Mok dah tak kuat nak bungkus ketupat. Bila lagi nak cuba belajar2 kan? Dan kitorang baru tahu my Ummi pandai buat ketupat sebenarnya dan aku tak berapa nak pandai :P Tapi dari start bungkus ketupat tu, sampai la ke biji ketupat (betul ke 'biji' penjodoh bilangan untuk ketupat?) yang terakhir, ummi dok merungut kata dia tak pandai bungkus ketupat dan ketupat dia tak cantik. Tugas aku la yang jadi motivator, bagi semangat..sebab tu je yang aku mampu buat. Nak tolong bungkus tak reti, taknak bazirkan daun palas :P

..The Ketupats..


Berbalik kepada cerita MASA..terima kasih wahai Allah, atas nikmat MASA itu..



.End.





Saturday 24 September 2011

Wordless Friday

Baru 2nd entry dah wordless?speechless? T_T

Bila bos takde kat ofis, banyak keje macam mana pun, rasa macam takde keje je..kn.kn.kn
Pastu helo2 kat rumah tercinta, teringat pulak kt budak2 kecik ni..

emmm...would you please stop growing! sbb ciklong dah rsa makin tua ;)

Wednesday 21 September 2011

.: Pilot :.



Assalamualaikum.

Bila kebanyakkan kawan-kawan ada blog, rasa macam nak ada blog jugak :D  Fb pun jarang bukak, jarang update, tiba2 nak ada blog plak :')  Tak tahu la semangat nak update blog  ni bertahan sampai bila..(long lasting, hopefully!)

Blog ni hanya sebagai catatan harian@mingguan@bulanan untuk tatapan keluarga, adik-adik di perantauan, saing2 dan geng2ku semua..:)

Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir batin untuk semua..dah hujung2 Syawal baru nak wish, tapi xpe, selagi Syawal masih ada..






..wish u were here KakToh, study molek2 n cepat balik, k .. 
   
p/s: stress tulis pilot entry, ayat2 pn dah macam ada cikgu nak chek n bagi markah je -__-"

Followers