Wednesday 7 February 2018

Daging Kaprau

Testing resepi dari internet
Alhamdulillah sedap + simple

Sesuai untuk bekal ke ofis

daging kaprau + kangkung goreng kicap

DAGING GORENG ALA KAPRAU
resipi : K.Jee
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN2:


250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam (Kjee guna paste Adabi)
cili api diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas)
2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili (Kjee guna sos cili Thai)
daun selasih (Kjee tak bubuh sebab tak ada. Ada daun selasih sedap sangat)

CARA:

Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. 
Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. 
Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. 
Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreang hingga daging kecut.

Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. 
Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. 
Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. 
Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.

Friday 21 July 2017

Kanvas Kehidupan


Tajuk tak nak kalah

Suka

Duka

Teehee

*Jumpa gambar lama

Aidilfitri 2017

Raya yang sangat bermakna buat Umi dan Abah
Pertama kali beraya dengan 2 orang cucu
Cucu-cucu dah pandai bermanja mengada-ngada dengan tok umi dan tok abah
Sangat nampak wajah hepi diorang

Umar dah pandai main bunga api.. tapi over excited sampai berlubang baju Cik Nin dio.. My mistake is exposed Adik dgn asap bunga api. End up Adik dpt batu+demam selsema. Sorry adik. My bad. :(









Umar meraung2 nak masuk gambar sekali

Tapi mama & ayah muka maintain senyum.. bagi chance la Umar pun..





Kacip molek ngan Tok Abah.. Tok Abah rajin dukung. Padahal sblm ni Abah royak sakit2 pinggang.. Cucu balik, hilang terus.

Open house rumah Kak Ani

Keluarga dari Beris
Keluarga Mek Nina.. Umar mcm biasa kena paksa bergambar. Nampak aku mcm gergasi disitu.. 




 Barbeque 

nasi kerabu kuning pagi raya ke-3 sampai silau

Alhamdulillah perfect!

Terima kasih tetamu sedara mara yang dtg rumah kami. 
Tahun ni kami buat gulai ayam (signature dish Umi), ikan pekasam (laku sungguh), nasi impit, rendang ayam.. gambar makanan x ambil pun.. 
Banyak gambar tetamu x sempat amik . Ralik kecek.
Doa2 la S offer balik raya kelantan lagi tahun depan.. 
teehee..


*sekali sekala update walaupun backdate

Monday 2 November 2015

Bowling Puspanita 2015


Perlawanan Bowling Puspanita 
Cawangan KeTTHA 2015


Sejak kahwin, ni la pogram office pertama yang Me join.. 
Very excited and really look forward for this game..

Umar Izzuddin sibuk makan jari

 makan jari lg
team kami ~beres sokmo~
Sebenarnya hari dan fikiran tak fokus lansung. Mok pun baru meninggal semalam.. Baling pun ke longkang. Umar Izzuddin memang menangis sebab berak start masa kami breakfast lagi. S x jumpa cari tempat tukar diapers baby. memang agak kalut and Me terpaksa stop main and minta diorg continue..  Sorry guys.. Nampaknya tak beres kali ni "__"


Mysha yang fotogenik n pandai pose
Dah lepas tukar pampers, game pun dah habis. Umar Izzuddin still mood tak okey sebab waktu tidur dia.. Sorry Umar. Bila Umar Izzuddin mood tak ok, ayah dia pun jadi tak ok.. :(

Dah ready game ni berminggu2, malam tu dah setel semua sebab taknak lambat tapi.. hmmm.. kita merancang, Allah menentukan..

Umar Izzuddin teriak dah..
Gambar masa training 2 minggu lepas


Pengajaran: Lain kali kena pikir banyak kali sebelum join program macam ni..:(

Friday 23 October 2015

Umar Izzuddin

Lama tak update blog..dah 2 tahun!
Nasib baik blog ni masih wujud
Dah ingat ingat lupa mcm mana nak blogging.

Memory phone penuh &  nak kena delete gambar berjuta2 dalam phone..
The best solution nak simpan memory is.. back to BLOG!

Life dah banyak berubah since last update..change to the better of course.. Alhamdulillah.
Hajatnya nak update balik for the sake of the memory.. tapi tak tahu brapa tahun baru boleh catch up on the track.  

hmmm..
nak mengarang ayat pun dah tak reti..
..
..
..

Bukti aturan Allah untuk hidup hambaNya adalah paling sempurna.

23 Februari 2012 - Taaruf kedua di rumah akhi Safwan

10 Mac 2015 - S ke Kelantan jumpa family 
Alhamdulillah semua smooth je.. macam dah lama kenal.. mungkin S confident dia akan diterima jadi menantu.. siap makan laksa 3 pinggan, tumpang tido (boleh terima sebab baru sampai dari KL, mengantuk of course) dan mandi..dan makan lagi..:) 

3 Jun 2012 - bertunang
25 Jan 2013 - berkahwin

bercinta
bergaduh
berdating
merajuk 
menangis
memujuk 
berjalan/melancong/honeymoon
berwayang

&  
 
31 Mei 2015 
Tarikh bersejarah dalam hidup... MENJADI SEORANG MAMA
berkat doa S, Ummi, mak mertua (S kirimkan doa masa mak pergi menunaikan haji supaya Allah mempermudahkan kami direzekikan zuriat) dan semua yang mendoakan 
Dan juga usaha-usaha kami sepanjang setahun setengah perkahwinan. 
Alhamdulillah direzekikan oleh Allah...
 Muhammad Umar Izzuddin bin Mohd Saiful


 
Umar Izzuddin selapas setengah jam dilahirkan

Ummi yang sangat2 banyak membantu fizikal dan mental








And of course Ummi adalah org paling happy lahirnya Umar Izzuddin selain S. 
Sebenarnya Abah pun happy tapi x tunjuk.. 
Bila balik kampung baru terserlah sangat happy nyer Abah. 
Umar Izzuddin pun kalau teriak kuat2, abah dukung terus ok.


tangan kena cucuk check kuning. 
Alhamdulillah kuning sikit2 je walaupun mamanya berdarah O


gembira dan syukur hanya Allah yang tahu.. Umar Izzuddin day 2

Pertama kali Tok Ummi pegang Umar Izzuddin




Gambar sepanjang di hospital
v
v
v









Cerita suka duka sepanjang kelahiran Umar Izzuddin biarlah jadi kenangan dan panduan kami untuk masa hadapan. Anak pertama. Banyak luar jangka.Walaupun konon2 dah banyak membaca, teori tak sama dengan praktikal.




Terima kasih jugak untuk adik2 terutama Marini yang banyak memberi pertolongan dan support which are made everything lots easier.

Pengalaman bersalin di Hospital Sungai Buluh takde la seteruk yang dibaca/dengar sebelum ini. Memang tak teruk pun. Alhamdulillah semua ok je.. Dari staff , nurse, bidan, doktor semua ok je. Alhamdulillah..

Hanya Allah yang selayaknya membalas jasa kalian semua.


Setakat ini dulu untuk permulaan comeback:)


Tuesday 9 April 2013

Merindui Kenangan Semalam - E-Day


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya.

* lama x update online diary..dah jadi isteri orang dah pun*
:-)

Jam 1 tgh hari kat ofis
sunyi
biasanya kalau tak lunch, g tido je kat surau
tapi nak tido pun takde mood nak tido
bukak pendrive nak susun folder n file yang sangat berterabur
jumpa gambar tunang-tunang
eh
jumpa gambar-gambar tunang :D

tiba-tiba ada feeling nostalgia
cepatnya masa berlalu

Tengok gambar sikit :)

*
*
*




Alhamdulillah 'ala kulli haal



dulu-dulu masa bersimpuh lepas solat selalu berangan imagine ada orang sarungkan cincin
(",)
Ya Allah..this time for real..
tapi bezanya..
tak bersimpuh sebab duduk atas katil


~ hantaran ~




* * *

~ sahabat yang hadir, Thanks for always being there for me :) ~




* * *

~ antara very important persons in my life ~




* * *

new family




* * *

~ sekitar kenduri ~















akhi

last but not least

*
*
*


*
*
*

Indahnya setiap perancanganMu YaRabbi


p/s: tq nik..for this beautiful pic..


Followers