Monday, 17 October 2011

future plan @ taman tasik perdana



First time jog kat taman tasik perdana @ lake garden..luas.hijau.tak ramai orang sangat. best.

Fufu: kakmai, kakmai… apa plan kakmai lepas ni?

Aku: (dalam hati) haaaa…sudah…alamak…

Ok.bagi jawapan ringan-ringan je.

Aku: emmm…

Fufu: kakmai plan sampai bila nak keje kat tempat sekarang…lepas-lepas ni macam mana ye?

Aku: (dalam hati) owh…orait. Tahu dah nak jawab apa.

…speak out…

Aku: akak memang kena keje situ sampai department akak bukak open post. Department akak sekarang close post…potpetpotpet...jkr...jpp…jkr balik...lalalalala…harapan umi abah…nanananana…dari kecik…etc…

…berderet cerita…

Fufu: InsyaAllah kakmai…(tenang macam biasa)

Aku: Eh, tempat parking kita kat depan lagi kan?

Dan kami pun pusing lake garden tu sekali lagi.bukan senang nak datang lagi.jauh bleh tahan.


*

*

*

Emmm…

Aku agak-agak tu bukan jawapan yang Fufu nak dengar.

Bukan jawapan yang sepatutnya aku bagi.
Apa jawapan sepatutnya?
Entah!

Dah lama x plan apa-apa.


x berangan apa-apa.

Tido tanpa mimpi.

Friday, 14 October 2011

huh?


makan pisang goreng.sembang biasa.


aku: mesti best ko sekarang kan..ada boyfren..

dia: hehehehe…boleh la..Kadang-kadang la…tapi kalau time gaduh…emmm…ko pun tahu…

aku: kurang-kurang, ada jugak tempat nak gaduh-gaduh…

dia: tapi kalau time gaduh tu, sakit hati…baik jadi kau..takde nak sakit2 hati..takde nak rasa apa-apa..

aku: emmm..tapi, buat apa ada hati kalau tak rasa apa-apa…


…ketawa…


dia: degil la ko ni!

***

Huh???aku degil?


Tuesday, 11 October 2011

Get Back to Work



hmmm...

maybe my job is not so bad after all

alhamdulillahi 'ala kulli hal
(praise be to Allah under all circumstances)


Thursday, 29 September 2011

Jumaat lepas punyer hal


Jumaat minggu lepas punyer hal punyer cerita.

Venue:

Secret Recipe Pusat Bandar Damansara

Occasion:

Birthday Celebration Kak Ina ==> tapi K.Ina sendiri yang belanja :P
Patutnya birthday kak Ina 21 Sept, tapi since aku nak menghabiskan puasa enam, postpond ke hari Jumaat..masa rehat lagi lama..more time for us to eat mean more food for us to eat :D

Menu:

Ada sepotong kek sebagai amik syarat sambut birthday..tapi lupa kek apa.

The guests:

Yang sambut birthday ialah Puan yang kat tengah2 tu..

Credit to kamera phone K. Ina for the pic – camera phone pun jadilah asalkan ada gambar ;)

Phone aku takde kamera, tapi ada touch light :D



Untuk gambaran mereka yang lebih jelas -->

 

Wajah riang pekerja JPP

 To Kak Ina:
Happy Birthday
May Allah grant all your wishes, happy and sehat2 sokmo.


 


p/s : having you guys around make my work at JPP is not that bad after all
Also dedicate to Chan and Cyn :)


Wednesday, 28 September 2011

golden hour


Malam tadi, pilih2 gambar raya untuk dicuci. Dah jadi my habit untuk cuci beberapa keping gambar event2 penting..untuk tunjuk kat anak cucu bila tua2 nanti ;)

“Wahai Allah, rezekikanlah kepadaku zuriat yang soleh yang akan mendokanku apabila kembali kepada-Mu, amin”

Tapi bukan nak cerita pasal zuriat, nak cerita pasal lain :P

Raya tahun ni rasa macam sekejap sangat walaupun cuti raya sampai 12 hari!
My Ummi pun cakap, puasa tahun ni macam sekejap je..
Ummi cakap tak puas berpuasa, tapi anak dia cakap tak puas beraya..T_T

Terasa semakin hilang nikmat MASA. Setiap hari, semakin banyak atau pun boleh dikatakan semua benda diciptakan untuk menjimatkan masa. Bila dah ada banyak masa, kita pun makin suka buang masa. End up, kita tetap tak cukup masa, semakin tak cukup masa. Mungkin apabila hambaNya makin tidak menghargai masa, sedikit demi sedikit Allah menarik balik nikmat masa dari kita.

Demi masa.
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian;
Kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan
serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
Surah Al-‘Asr


Emm.. walaupun sempat berpuasa dengan family tiga hari je tahun ni, tapi tetap jadi the best Ramadhan ever :D

 Ramadhan tahun ni kitorang baru tahu my Ummi ada resepi ayam bakar terbaik.
Terbaeekk!

Mereka yang setia tolong jaga api bakar ayam 

And of course the best Syawal ever :D

Suka do’oh main bunga api

Syawal tahun ni 1st time buat ketupat sendiri sebab tak nak susah kan Mok (my nenek). Mok dah tak kuat nak bungkus ketupat. Bila lagi nak cuba belajar2 kan? Dan kitorang baru tahu my Ummi pandai buat ketupat sebenarnya dan aku tak berapa nak pandai :P Tapi dari start bungkus ketupat tu, sampai la ke biji ketupat (betul ke 'biji' penjodoh bilangan untuk ketupat?) yang terakhir, ummi dok merungut kata dia tak pandai bungkus ketupat dan ketupat dia tak cantik. Tugas aku la yang jadi motivator, bagi semangat..sebab tu je yang aku mampu buat. Nak tolong bungkus tak reti, taknak bazirkan daun palas :P

..The Ketupats..


Berbalik kepada cerita MASA..terima kasih wahai Allah, atas nikmat MASA itu..



.End.





Saturday, 24 September 2011

Wordless Friday

Baru 2nd entry dah wordless?speechless? T_T

Bila bos takde kat ofis, banyak keje macam mana pun, rasa macam takde keje je..kn.kn.kn
Pastu helo2 kat rumah tercinta, teringat pulak kt budak2 kecik ni..

emmm...would you please stop growing! sbb ciklong dah rsa makin tua ;)

Followers