Thursday 29 September 2011

Jumaat lepas punyer hal


Jumaat minggu lepas punyer hal punyer cerita.

Venue:

Secret Recipe Pusat Bandar Damansara

Occasion:

Birthday Celebration Kak Ina ==> tapi K.Ina sendiri yang belanja :P
Patutnya birthday kak Ina 21 Sept, tapi since aku nak menghabiskan puasa enam, postpond ke hari Jumaat..masa rehat lagi lama..more time for us to eat mean more food for us to eat :D

Menu:

Ada sepotong kek sebagai amik syarat sambut birthday..tapi lupa kek apa.

The guests:

Yang sambut birthday ialah Puan yang kat tengah2 tu..

Credit to kamera phone K. Ina for the pic – camera phone pun jadilah asalkan ada gambar ;)

Phone aku takde kamera, tapi ada touch light :D



Untuk gambaran mereka yang lebih jelas -->

 

Wajah riang pekerja JPP

 To Kak Ina:
Happy Birthday
May Allah grant all your wishes, happy and sehat2 sokmo.


 


p/s : having you guys around make my work at JPP is not that bad after all
Also dedicate to Chan and Cyn :)


Wednesday 28 September 2011

golden hour


Malam tadi, pilih2 gambar raya untuk dicuci. Dah jadi my habit untuk cuci beberapa keping gambar event2 penting..untuk tunjuk kat anak cucu bila tua2 nanti ;)

“Wahai Allah, rezekikanlah kepadaku zuriat yang soleh yang akan mendokanku apabila kembali kepada-Mu, amin”

Tapi bukan nak cerita pasal zuriat, nak cerita pasal lain :P

Raya tahun ni rasa macam sekejap sangat walaupun cuti raya sampai 12 hari!
My Ummi pun cakap, puasa tahun ni macam sekejap je..
Ummi cakap tak puas berpuasa, tapi anak dia cakap tak puas beraya..T_T

Terasa semakin hilang nikmat MASA. Setiap hari, semakin banyak atau pun boleh dikatakan semua benda diciptakan untuk menjimatkan masa. Bila dah ada banyak masa, kita pun makin suka buang masa. End up, kita tetap tak cukup masa, semakin tak cukup masa. Mungkin apabila hambaNya makin tidak menghargai masa, sedikit demi sedikit Allah menarik balik nikmat masa dari kita.

Demi masa.
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian;
Kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan
serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
Surah Al-‘Asr


Emm.. walaupun sempat berpuasa dengan family tiga hari je tahun ni, tapi tetap jadi the best Ramadhan ever :D

 Ramadhan tahun ni kitorang baru tahu my Ummi ada resepi ayam bakar terbaik.
Terbaeekk!

Mereka yang setia tolong jaga api bakar ayam 

And of course the best Syawal ever :D

Suka do’oh main bunga api

Syawal tahun ni 1st time buat ketupat sendiri sebab tak nak susah kan Mok (my nenek). Mok dah tak kuat nak bungkus ketupat. Bila lagi nak cuba belajar2 kan? Dan kitorang baru tahu my Ummi pandai buat ketupat sebenarnya dan aku tak berapa nak pandai :P Tapi dari start bungkus ketupat tu, sampai la ke biji ketupat (betul ke 'biji' penjodoh bilangan untuk ketupat?) yang terakhir, ummi dok merungut kata dia tak pandai bungkus ketupat dan ketupat dia tak cantik. Tugas aku la yang jadi motivator, bagi semangat..sebab tu je yang aku mampu buat. Nak tolong bungkus tak reti, taknak bazirkan daun palas :P

..The Ketupats..


Berbalik kepada cerita MASA..terima kasih wahai Allah, atas nikmat MASA itu..



.End.





Saturday 24 September 2011

Wordless Friday

Baru 2nd entry dah wordless?speechless? T_T

Bila bos takde kat ofis, banyak keje macam mana pun, rasa macam takde keje je..kn.kn.kn
Pastu helo2 kat rumah tercinta, teringat pulak kt budak2 kecik ni..

emmm...would you please stop growing! sbb ciklong dah rsa makin tua ;)

Wednesday 21 September 2011

.: Pilot :.



Assalamualaikum.

Bila kebanyakkan kawan-kawan ada blog, rasa macam nak ada blog jugak :D  Fb pun jarang bukak, jarang update, tiba2 nak ada blog plak :')  Tak tahu la semangat nak update blog  ni bertahan sampai bila..(long lasting, hopefully!)

Blog ni hanya sebagai catatan harian@mingguan@bulanan untuk tatapan keluarga, adik-adik di perantauan, saing2 dan geng2ku semua..:)

Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir batin untuk semua..dah hujung2 Syawal baru nak wish, tapi xpe, selagi Syawal masih ada..






..wish u were here KakToh, study molek2 n cepat balik, k .. 
   
p/s: stress tulis pilot entry, ayat2 pn dah macam ada cikgu nak chek n bagi markah je -__-"

Followers